Maklumat Tambahan - Derma |
---|
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Jalan Tanjung, Bukit Sentosa (PPJTBS) yang bersidang pada Sabtu 24/05/2025 telah bersetuju dengan sebulat suara meluluskan beberapa usul berikut: 1. Kutipan Derma Minima RM100 untuk selenggara Pagar Membuat kutipan Minima RM100 bagi setiap rumah bagi Pembayaran Selenggara Pagar dan Autogate Tmaan Perumahan Jalan Tanjung 2. Kedudukan Pengumpulan Sementara Sampah Sisa Kebun Penduduk hanya dibenarkan meletakkan sampah sisa kebun persendirian di tepi pagar berhadapan rumah kediaman masing-masing sahaja di mana pembuangan sisa kebun persendirian tidak dibenarkan diletakkan di tepi pagar awam perumahan, tepi tembok padang dan di hadapan rumah kosong tanpa penghuni. 3. Tanaman Pokok Akar Tunjang Pokok akar tunjang persendirian tidak digalakkan ditanam terlalu dekat dengan pagar awam perumahan dan dicadangkan tanaman berjarak 5-6 kaki dari tepi pagar awam perumahan bagi mengelakkan akar pokok merosakkan pagar yang telah dibina. 4. Pendaftaran Kemasukan Pelawat dan Penduduk Tanpa Kad Akses Sah Sistem Pendaftaran Pelawat secara Digital akan dijalanakan secara percubaan selama 6 bulan bagi kesesuaian penggunaan secara berterusan, Proses adalah seperti berikut: a. Pelawat Scan Kod Qr kemasukan pelawat https://esystem.my/tanjungbs2/print_qr_pelawat.php b. Pelawat isi maklumat - pilih jalan, pilih no rumah yang ingin dilawati, dan seterusnya nama pelawat, no kad pengenalan, no kereta, no hp (ada whastapp) dan hantar. c. Penghuni rumah akan menerima whasatapp untuk membenarkan atau menolak permohonan lawatan. Keputusan perlu dibuat dalam masa 1 jam) d. Pelawat akan menerima whatsapp berkenaan status permohonan lawatan dan boleh digunakan sehingga 5 jam selepas kelulusan penghuni rumah. e. Tunjukan kebenaran permohonan lawatan kepada pengawal untuk kebenaran masuk. Juga menguatkuasakan keputusan AGM ke-18 yang menghendaki semua penduduk yang tiada kad akses yang sah atau lupa membawa kad akses untuk mendaftar di pondok pengawal sebelum dibenarkan masuk. AJK bertugas dan pengawal keselamatan akan membuat laporan polis jika terdapat penduduk yang mengugut atau menggunakan kekerasan kepada pengawal keselamatan yang menjalankan tugas mengikut prosedur yang betul. 5. Sekatan Kad Akses Menguatkuasakan keputusan AGM ke-18 untuk menyekat kad akses penduduk yang gagal menjelaskan yuran persatuan untuk 3 bulan sebelumnya dalam tempoh yang ditetapkan. Contohnya, yuran bulan Feb 2025 perlu dijelaskan sebelum 15hb Mei 2025. Kad yang disekat hanya akan diaktifkan semula setelah semua tunggakan yuran dibayar . 6. Lain-lain Hal Berbangkit Semua penduduk perlu memainkan peranan menangani masalah setempat di mana penduduk boleh melaporkan aduan secara bertulis atau kaedah aplikasi whatapps kepada pihak majlis. a. Pembersihan semak samun dalam kawasan rumah terbiar. b. Pungutan sampah sisa kebun tidak mengikut jadual seperti yang dipamerkan. c. Tindakan segera notis tundaan ke atas kenderaan lama yang tersadai di tepi jalan perumahan Jalan Tanjung. |